• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • adab melawat org sakit mengikut cara islam

    2010/10/18
    ADABNYA........di antaranya...


    ~ elakkan memakai minyak wangi yang keterlaluan.
    Bau yang menusuk hidung bukan sahaja boleh membuatkan pesakit bertambah pening malah
    turut memeningkan pelawat yang lain. Bukan tak boleh pakai minyak wangi...tapi agak-agaklah.

    ~ jangan makan makanan yang di bawa sebagai buahtangan atau makanan pesakit.
    Kalau anda bawa makanan untuk pesakit...jangan makan makanan tu...buruk siku namanya.
    Ada pesakit yang tidak suka kita makan makanan yang dihadiahkan oleh orang lain.

    ~ salam dengan lembut.
    Pegang tangan pesakit dengan lembut. Jangan sekali-kali memeluk kerana ada pesakit yang
    tidak suka terutamanya yang baru menjalani pemberdahan. Sakit kalau terlanggar tempat yang
    baru dijahit tuh!!!

    ~ duduk atas katil pesakit???
    Elakkan duduk diatas katil pesakit kerana ia akan menyebabkan pesakit merasa tidak selesa
    dan sempit. Ingat ya...katil itu untuk orang yang sakit...bukan untuk orang yang sihat.

    ~ jangan dok lama-lama.
    Tujuan anda melawat hanya untuk melihat keadaan pesakit dan bertanya khabar selain
    mendoakan agar pesakit cepat sembuh....jadi tak perlu tunggu lama-lama....pesakit perlukan
    rehat yang secukupnya.

    ~ berikan perkhabaran gembira.
    Elakkan bercakap tentang peristiwa-peristiwa silam yang sedih dan perkara-perkara buruk.
    Jangan buat lawak yang tidak sesuai....ditakuti terbuka jahitan jika pesakit baru lepas menjalani
    pembedahan.

    ~ perlahankan 'volume' suara.
    Berbual dengan suara yang rendah...tidak perlu terjerit-jerit kerana anda bukan sahaja
    mengganggu pesakit yang anda lawati malah pesakit di wad tersebut.

    ~ jangan bawa anak-anak kecil.
    kalau dikutkan peraturan melawat....kanak-kanak kecil tidak dibenarkan masuk ke dalam wad
    orang-orang dewasa. Mereka bukan sahaja akan membuat bising dan mengganggu pesakit
    malah ditakuti mudah menjangkiti penyakit yang tidak nampak di mata kasar.

    ~ seksi yang seksa.
    Cara berpakaian pun biarlah tepat mengikut tempat. Elakkan dari memakai pakaian yang
    menjolok mata....risau mata yang terseksa.

    ~ tutup handset.
    Pastikan anda menutup atau meletakkan telefon dalam keadaan silent mode semasa melawat.
    Penggunaan telefon sememangnya tidak dibenarkan sewaktu melawat.


    kat tempat saya, ada ustaz2 yang mengajar bagitau adalah salah untuk menghidangkan jamuan kepada orang yang datang menziarahi orang yang sakit/mati. kalau kita ziarah, tuan rumah tu x tahu, dia jamu, maka kita tidak boleh makan. kalau makan jugak, x dapat pahala ziarah orang sakit. masa tersebut bukan masa untuk bersuka-suka dengan jamuan katanya.

    adat orang kita pulak, pantang ada tetamu jer, mesti nak adakan sedikit jamuan. paling kurang pun air panas teh kosong.

    apa pendapat ustaz? sejauh mana pengamalan kita pada hari ni bertepatan dengan kehendak islam?

    wassalam
    jawapan
    kebiasaannya mmg camtu kt tempat saye.kalau berkenaan hukum tu tak tau lah saye.tak lah pernah dengar.tetapi secara logika mmg patut cam tu.takyah nak berhidang-hidang,tp kalau dah hidang camner pulak.tak sentuh nanti tuan rumah kecil hati.saye pun confius.di harap yang lebih ALIM bantulah kami memecahkan keruncingan ini. :(

    satu nak tambah skit,adab melawat orang sakit kt hospital,jangan makan mknn yg dibawakn utk pesakit kurang sopan, :kenyit:


    0 comments:

    Post a Comment