• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Ramadhan dan kelebihan solat terawih

    2010/08/10
    salam semua.korang apa khabar?hari ni mesti makan banyak2 kan?
    sbb esok dah puasa..apa2 pun kita haruslah bersyukur sbb dpt bertemu dgn bulan
    yg mulia ini.semua pernah dgr perkataan Ramadhan kan?
    pandainya korang semua.tp pernahkan korang selidik makna disebalik huruf2 tersebut
    yg dicantumkan lalu menjadi perkataan RAMADHAN?mesti la xpernah kan?
    kahkahkah.aku pun baru je dpt selidik.ok jom kita share k..

    Ramadhan (rumi)
    rho mim dhot alif nun (jawi)

    setiap huruf2 jawi itu yg dicantumkan kemudiannya menjadi Ramadhan,
    ada maksud tersirat yg di bawa oleh setiap huruf masing2.

    huruf rho (keredaan Allah)
    khususnya bagi org2 yg taat

    huruf mim (keampunan Allah)
    khususnya bagi org yg melakukan maksiat

    huruf dhot (jaminan Allah)
    khususnya bagi org yg taat

    huruf alif (kejinakan Allah)
    khususnya bagi org yg tawakkal

    huruf nun (anugerah Allah)
    khususnya bagi org yg benar

    Ramadhan ertinya membakar yakni mengahpuskan dosa2 org yg berpuasa dan beribadat
    pada bulan Ramadhan.

    Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredaan Allah dan keampunan bagi hambanya.
    Orang yg mendapat keredaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan
    (kerana ibadatnya pada bulan mulia dgn penuh taat) mendapat syurga anugerah
    Allah bagi hamba2Nya yg benar2 melakukan ibadat keranaNya pada bulan Ramadhan
    termulia ini dgn ganjaran pahala sehingga SERIBU kali ganda dan keampunan yg banyak
    sekali, teristimewa pada mlm lailatul qadar.

    Sekarang jom kita tengok pulak kelebihan solat sunat terawih

    Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. tentang fadhilat sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan.

    Malam 1-Keluar dosa-dosa org mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,
    mendapat keampunan dari Allah.

    Malam 2-Diampunkan dosa2 org mukmin yg sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka org beriman).

    Malam 3-Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
    terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

    Malam 4-Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala org-org yg membaca kitab-kitab Taurat,
    Zabur, Injil dan Al-Quran.

    Malam 5-Allah kurniakan baginya pahala seumpama org sembahyang di Masjidilharam, Masjid
    Madinah dan Masjid Aqsa.

    Malam 6-Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat2 yg tawaf di Baitul Ma'mur
    (70ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu2 dan tanah2 mendoakan supaya Allah
    mengampunkan dosa-dosa org yg mengerjakan sembahyang terawih pada mlm ini.

    Malam 7-Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam
    menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

    Malam 8-Allah mengurniakan pahala org sembahyang terawih sepertimana yg telah dikurniakan
    kpd Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

    Malam 9-Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
    Muhammad S.A.W.

    Malam 10-Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

    Malam 11-Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

    Malam 12-Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yg bercahaya (cahaya ibadatnya).

    Malam 13-Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap2 kejahatan dan
    keburukan.

    Malam 14-Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
    menyesatkannya pada hari Qiamat.

    Malam 15-Semua malaikat yg menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
    supaya Allah mengampunkannya.

    Malam 16-Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dlm syurga.

    Malam 17-Allah kurniakan org yg berterawih pahalanya pada mlm ini sebanyak pahala nabi2.

    Malam 18-Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kpd engkau dan ibu
    bapa engkau (yg masih hidup atau mati).

    Malam 19-Allah SWT tinggikan darjatnya di Syurga Firdaus.

    Malam 20-Allah kurniakan kpdnya pahala sekalian org yg mati syahid dan org2 solihin.

    Malam 21-Allah binakan sebuah istana dlm Syurga daripada nur.

    Malam 22-Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap2 dukacita dan kerisauan (tidaklah
    dlm keadaan huru hara di Padang Masyar).

    Malam 23-Allah SWT binakan kpdnya sebuah bandar di dlm syurga daripada nur.

    Malam 24-Allah buka peluang 24 doa yg mustajab bagi org berterawih mlm ini (elok sekali
    berdoa ketika dlm sujud).

    Malam 25-Allah SWT angkatkan daripadanya siksa kubur.

    Malam 26-Allah kurniakan kpd org berterawih pahala pada mlm ini seumpama 40 tahun
    beribadat.

    Malam 27-Allah kurniakan org berterawih pada mlm ini ketangkasan melintas atas titian
    Sirotulmusqim seperti kilat menyambar.

    Malam 28-Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

    Malam 29-Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yg mabrur.

    Malam 30-Allah SWT beri penghormatan kpd org berterawih pada mlm terakhir ini yg
    teristimewa sekali, lalu berfirman:

    "Hai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yg engkau ingini hendak makan
    di dlm syurga, dan mandilah engkau drpd air syurga yg bernama Salsabila, serta
    minumlah air daripada telaga yg dikurniakan kpd Nabi Muhammad S.A.W. yg
    bernama Al-Kauthar."
    itu saja yg ingin dikongsikan bersama korang semua.di kesempatan ingin aku ingin mengucapkan
    kepada semua org yg beragama Islam selamat menjalani ibadah puasa :)


    sumber daripada Budiman Radzi

    1 comments:

    1. AneesaRashid said...:

      awin!!! thanx!!! aq ambek!

    Post a Comment