• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • viva espana~

    2010/07/12
    salam semua.hari ni aku ok je.aku happy ok sbb apa?sbb 1st time group yg aku sokong menang!!
    yes,aku memang sokong SPAIN!!viva espana..hahaha..aku semangat tengok game tu sbb bapak aku soh temankan dia..hehe..mmg cuak la tengok sbb oranje main kasar tau..diorang xreti sepak bola tp pro sepak manusia je..yg jadi mangsa ialah semua penyumbat2 gol hebat seperti villa, iniesta, xavi,ramos dan ramai lagi..game ni sangat la fun sbb referee botak yg sempoi..dia sungguh pemurah dlm menghulurkan kad kuning tau..hampir semua player dpt kad kuning kecuali duadua gol keeper.hebat kan referee?aku suka gk referee walaupun bapak aku cakap referee berpihak kpd oranje..ada aku kisah?xpon sbb itulah balasan org bermain cara kasar..SPAIN mmg layak memenangi piala fifa wc ni sbb diorang mmg hebatlah..so semasa permainan dijalankan, aku mula meminati beberapa pemain espana yg begitu cool..nk bgtau aku mmg xminat david villa walaupun dia dah jaringkan 5 gol di wc ni..aku xkesah pon org nk suka dia..suka la suka la..aku xsuka dia pon sbb muka dia garang mcm org jahat.hahaha..


    ni antara player yg aku rasa hebat mlm tu lah dan mereka layak memegang trofi tu:

    IKER CASILLAS



    Beliau telah menyelamatkan 2 kali hantaran gol oleh robben si botak berbaju oranje.tp sbb casillas adalah gol keeper no 1 dunia beliau amatlah cekap nak tampan dan tepis bola dgn begitu cool okeh..cuma guna kaki utk menghalang bola drpd masuk gol..aku mmg cuak time tu..and casillas adalah hero dan captain Spain yg baik..he's awesome.he's the man~
    lepas menang casillas asyik menangis je sbb hati beliau sungguh lembut dan mungkin beliau terharu atas kemenangan beliau..beliau juga mungkin berasa syukur yg teramat sangat kerana telah menghalang gol robben si botak dgn baik sekali..casillas mmg hensem dan cool sekali gus layak memasuki carta player kegemaran aku..erm nak gtau jugak casillas adalah player club real madrid jugak sama mcm CR dan KAKA..sbb tu club real madrid super duper power..sbb ada pemain no 1 dunia iaitu CR dan gol keeper no 1 dunia iaitu CASILLAS.hehe.


    XAVI



    Pemain Barcelona ini amatlah cekap dalam hal2 passing the ball ok..jika bola dpt di tgn beliau, eh silap jika bola dpt ja di kaki beliau,dia akan melakukan hantaran yg cekap kpd pemain2 lain atau erti kata lain dia akan cuba memberi bola kepada david villa..tp hari final tu villa seperti ada masalah dan asyik2 nak terjatuh ja..nseb baik aku mmg xsuka villa..ok2 berbalik pada Xavi, beliau adalah manusia yg telah menyepakkan corner kick di mana puyol telah menggunakan tandukan raksasanya utk menyebabkan mereka mara ke peringkat akhir apabila spain menentang germany..hasil hebat tandukan raksasa puyol di mana rambutnya melayang bak iklan shampoo itu menyebabkan puyol masih confius utk berhenti drpd wc atau melanjutkan lagi permainannya.hahaha..tp ni semua hasil hantaran perfect oleh Xavi..hari final xavi bermain dgn hebat sekali dan cuba memberi semangat kpd rakan2nya yg lain..good job Xavi..keep up the good effort~


    FERNANDO TORRES


    Beliau torres.nampak begitu muda kan?namun,beliau sudah kawen dan sudah mempunyai seorang cahaya mata..sangat comel mcm dia la..torres dikatakan tidak layak bermain pada waktu 1st half kerana dia mengalami masalah hamstring yg sangat teruk..jadi coach pasukan spain yg sungguh cool iaitu Vicente del Bosque telah meletakkan torres utk bermain pada extra time pada game final spain menentang dutch..kewujudan torres dlm waktu extra time itu telah memberi impak positive kpd pasukan spain lantas menobatkan kemenangan mereka terhadap pasukan lawan mereka..kesakitan hamstring torres dpt juga disaksikan apabila Iniesta telah menjaringkan satu gol kemenangan kpd spain..kita dpt melihat torres mengalami kesakitan dan beliau terbaring atas padang, mungkin sedang menahan kesakitan.Namun, usaha yg dilakukan beliau amatlah disanjung tinggi kerana beliau telah melakukan yg terbaik dlm setiap perlawanan mereka.Torres pula merupakan pemain club liverpool yg terhandal kerana dalam usia yg muda beliau telah menjaringkan 24 gol pada peringkat dunia..


    FABREGAS


    Fabregas adalah antara pemain ke2 termuda pasukan spain.Beliau tidak mempunyai pengalaman yg begitu banyak lagi tetapi selepas kemasukan beliau dlm 2nd half perlawanan telah banyak membantu team spain..dia juga telah mencuba sebanyak 2 kali utk menjaringkan gol pada perlawanan final namun sbb tidak mempunyai pengalaman yg banyak lagi beliau telah menyepak bola yg rendah di mana gol keeper Netherlands mudah utk menepis bola beliau.. namun itu satu cubaan yg menarik oleh beliau dan kehebatan beliau telah menyebabkan coach arsenal telah membeli fabregas ke dlm club mereka..mungkin juga pada wc 4 tahun akan dtg lagi fabregas bakal menjadi seperti villa.ataupun cristiano ronaldo?itu aku xtau lah..kena tengok usaha yg dilakukan dia banyak mana la..so apa2 pun Fabregas telah melakukan yg terbaik dan dpt mengekalkan ball possession team mereka..

    XABI ALONSO


    Bagi aku dia pemain yg hebat sekali..dia juga merupakan player bagi club real madrid..selalunya dia passing bola kpd rakan2 nya dengan hebat sekali..semasa perlawanan spain menentang germany, dia cuba melakukan 2 sepakan namun tidak berjaya kerana dia tersalah aim kot..apa2 pun pemain ni bagi aku boleh pergi lebih jauh la..apa yg aku kcian masa game final de jong the dutch telah menyepak atau yg lebih sesuai menendang dada dia okeh!!!gedebuk bunyi..saket korang..aku yg nengok mcm boleh rasa kesakitan yg dia rasa.sampai bapak aku ckp bodoh la org yg tendang tu boleh mati tau x?mmg pon sbb betul2 kat dada okeh..dada ada apa??jantung dan segala2 yg penting ada kat dada..tp itu tidak mematahkan semangat alonso utk bermain, namun dia ditukar selepas waktu ke2..mungkin juga sbb effect sepakan kat dada tu membuatkan dia lemah dan coach terpaksa menukar dia dan menggantikan dgn player lain..walau bagaimanapun pemain real madrid ini telah menjaringkan 9 international goals.hebat jugak kan??haha.


    SERGIO RAMOS


    Sewaktu spain menentang dutch, ramos, telah mempunyai 3 chance yg bagus utk menjaringkan gol namun usaha beliau tidak berjaya..pada awak minit ke brapa ntah tandukan beliau oleh corner kick xavi berjaya ditahan oleh gol keeper dutch..ramos kelihatan begitu frust namun beliau mencuba utk menanduk pada 2nd half kalau xsilap namun tandukan beliau tidak sekuat puyol, sebaliknya bola melantun ke atas dan semua nmpak kecewa pada waktu itu..namun pemain real madrid ini telah melakukan yg terbaik dan aku suka jugak cara dia passing bola..dan dia sungguh comel bila senyum ok..aku suka juga laki yg berambut panjang mcm dia..hehe2..tp dia mmg hebat cuma mungkin rambut kena kasi kerinting mcm puyol barulah boleh mendapatkan tandukan raksasa?hahaha..itu aku xtau..mungkin jugak!hehe


    sergio Busquests


    Beliau merupakan pemain club Barcelona dan beliau antara pemain yg hebat dan termuda sekali dlm pasukan spain.walaupun beliau ada melakukan kesilapan di game final tetapi beliau amatlah cekap dlm menghalang pemain2 lawan utk mendaptkan bola.beliau juga berkata di sebuah akhbar, "We need to stop Sneijder"..hasilnya mereka berjaya.sbb apa?sbb masa final game tu aku xnmpak sangat Sneijder dpt bola dgn bnyak mcm mana time dutch lawan Uruguay..so defender2 spain sangat hebatlah..bola kelihatan lebih memihak kpd robben si botak namun casillas berjaya menghalangnya..si botak sneijder mungkin boleh membalas dendam kpd spain 4 tahun akan dtg?haha..mungkin juga sneijder harus berambut panjang seperti puyol?dan dpt melakukan tandukan raksasa?oh aku xdpt nk jawab soalan tu..hahaha..


    so sampai di sini saja entry aku tentang bola mungkin?haha..xsure lagi..
    apa2 pun bye fifa bye bola bye south africa

    ps~ini cuma pandangan aku setelah melakukan sedikit research.haha :)

    0 comments:

    Post a Comment